Teroka AI
Teroka AI melalui aktiviti mudah dan menyeronokkan yang direka khas untuk murid sekolah.
Peserta yang belum melengkapkan Modul 1 diingatkan untuk menonton rakaman dan menyelesaikan penyertaan & kuiz sebelum tarikh akhir, bagi memperoleh Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian.
Imbas kembali detik pelancaran rasmi AI Muda@NADI, program pembangunan kemahiran AI untuk murid sekolah menengah anjuran MCMC, CelcomDigi dan UKM.
AI Muda@NADI ialah program pembangunan kompetensi AI untuk murid sekolah menengah, diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilaksanakan oleh CelcomDigi bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai rakan strategik akademik, dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Teroka AI melalui aktiviti mudah dan menyeronokkan yang direka khas untuk murid sekolah.
Gunakan AI sebagai rakan belajar dan pembantu produktiviti dalam pembelajaran harian.
Cipta kandungan kreatif seperti imej dan slaid pembentangan menggunakan bantuan AI.
Fahami data, buat keputusan bijak dan bina konsep ejen AI sendiri sebagai pembantu belajar.
Menggunakan AI sebagai rakan belajar, sokongan produktiviti dan pengurusan tugasan.
Akan disiarkan secara langsung
1 September 2026 · 2.30 petang
Mencari, menyemak dan meringkaskan maklumat dengan bantuan AI.
Akan disiarkan secara langsung
10 September 2026 · 2.30 petang
Menghasilkan imej, idea visual dan slaid pembentangan menggunakan AI.
Akan disiarkan secara langsung
17 September 2026 · 2.30 petang
Memahami data, membina belanjawan dan membuat keputusan berasaskan maklumat.
Akan disiarkan secara langsung
22 September 2026 · 2.30 petang
Mereka bentuk konsep ejen AI sebagai pembantu pembelajaran.
Akan disiarkan secara langsung
29 September 2026 · 2.30 petang
Penerangan program, kaedah penyertaan, penilaian dan hackathon.
Kenali Dunia Pintar — pengenalan kepada AI dan aktiviti penerokaan mudah.
Belajar Lebih Pintar — AI sebagai rakan belajar dan produktiviti.
Cari, Semak dan Ringkas — mencari dan menyemak maklumat dengan AI.
Cipta Imej dan Slaid — menghasilkan kandungan visual dengan AI.
Belanjawan dan Keputusan Bijak — memahami data dan membuat keputusan.
Pembantu Pembelajaran Masa Depan — mereka bentuk konsep ejen AI.
Markah keseluruhan mengambil kira kehadiran, penyempurnaan tugasan, kefahaman kandungan, kreativiti dan kebolehan menggunakan AI. Seramai 100 murid terbaik akan dipilih dan dibentuk kepada 25 pasukan untuk maju ke hackathon akhir.
Taklimat cabaran, pembentukan pasukan, idea, pembangunan prototaip dan bimbingan mentor.
Penyempurnaan projek, pembentangan, penilaian panel, pameran dan penyampaian hadiah. 25 pasukan (4 murid dan seorang guru pembimbing setiap satu) membangunkan penyelesaian AI berdasarkan masalah komuniti, kandungan pembelajaran interaktif, atau projek inovasi terbuka berkaitan MCMC dan NADI.
Program ini terbuka kepada murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 yang sedang belajar di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyertaan latihan adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang yuran.
Terbuka kepada pelajar Malaysia yang mempunyai MyKad Malaysia (ID DELIMa disarankan untuk ada, tetapi bukan wajib).
Murid perlu mempunyai akses kepada komputer riba atau tablet serta sambungan Internet untuk sesi dalam talian.
Murid wajib menghadiri sesi yang ditetapkan dan melengkapkan tugasan atau penilaian bagi setiap modul.
Peserta hackathon bertanding dalam pasukan empat murid bersama seorang guru pembimbing.
Hadiah wang tunai dan baucar menanti 25 pasukan terbaik yang bertanding di pertandingan akhir bersemuka pada 24–25 Oktober 2026.
Jumlah keseluruhan hadiah: RM8,700. Kesemua kos pelaksanaan program, termasuk hadiah pertandingan, ditanggung sepenuhnya oleh MCMC, CelcomDigi dan UKM. Tiada yuran dikenakan kepada murid, guru atau sekolah bagi penyertaan dalam latihan mahupun hackathon.
Sijil akan diberikan kepada peserta modul, peserta yang melengkapkan enam modul, guru pembimbing serta finalis dan pemenang hackathon. Penyertaan dalam program ini juga membuka peluang pengiktirafan kokurikulum melalui PAJSK di bawah komponen Ekstra Kurikulum, peringkat kebangsaan.




Penyertaan adalah percuma untuk semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah KPM. Pendaftaran diselaraskan melalui sekolah dan saluran rasmi program — ikuti langkah di bawah untuk menyertai.
Hubungi guru penyelaras kokurikulum atau pihak sekolah anda untuk maklumat pendaftaran rasmi, atau ikuti saluran rasmi NADI, CelcomDigi dan MCMC.
Hadiri Taklimat Program dalam talian pada 24 Ogos 2026, 2.30 petang untuk penerangan penuh mengenai penyertaan dan penilaian.
Hadiri dan lengkapkan tugasan bagi keenam-enam modul dalam talian dari 24 Ogos hingga 29 September 2026.
100 murid terbaik (25 pasukan) dipilih berdasarkan penilaian keseluruhan untuk bertanding di hackathon akhir pada 24–25 Oktober 2026.
Pertanyaan mengenai program? Hubungi aiprogramukm@gmail.com.
Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai program AI Muda@NADI.
Ya, program ini adalah 100% percuma untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
Sesi Modul 1–6 boleh disertai secara individu. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin menyertai Hackathon, sebuah kumpulan perlu ditubuhkan, terdiri daripada 4 orang pelajar dan 1 guru pembimbing.
Perlu beritahu pihak sekolah untuk mendapatkan kebenaran jika anda terpilih untuk menyertai Hackathon.
Boleh. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk mendaftarkan anak mereka melalui pautan rasmi yang disediakan.
Pelajar akan menggunakan YouTube Live sepenuhnya. Pautan Live Streaming boleh didapati di Saluran Telegram Rasmi atau laman web https://www.ukm.my/aiprogram.
Boleh. Pendaftaran akan dibuka sepenuhnya sehingga selesai Modul 6. Walau bagaimanapun, Modul 1 perlulah diselesaikan terlebih dahulu sebelum boleh menyelesaikan Modul 2, dan seterusnya mengikut turutan. Peserta juga dinasihatkan untuk mendaftar kehadiran (wajib) sebelum sesuatu modul boleh dianggap selesai.
Anda hanya perlu hadir dan menyertai sesi YouTube Live modul tersebut untuk mendapatkan Sijil Penyertaan.
Anda perlu menjawab soalan kuiz yang disediakan dan mencapai markah 80% atau lebih bagi modul tersebut.
Untuk layak bertanding dalam Hackathon:
Semua pendaftaran dibuat melalui laman web rasmi: https://www.ukm.my/aiprogram atau melalui pautan Telegram rasmi: https://bit.ly/aimuda-telegram.
Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Sesi Modul 1–6 dijalankan secara individu. Mata PAJSK, Sijil Penyertaan, serta Sijil Pencapaian akan diberikan bagi setiap modul yang diselesaikan. Selepas itu, murid turut layak untuk mendapatkan pensijilan tambahan daripada Gemini Academy.